1 February 2004
Bersandarkan pengalaman menumbangkan 2 ekor lembu tahun lepas, AJK Pembangunan SAN berpendapat 3 ekor lembu sudah lebih dari memadai untuk di "kerja"kan pada tahun ini - meskipun permintaan dari kalangan penduduk lebih dari itu. Jadi, akhirnya 3 ekor qurban utk tahuhn 2004 ini...
Tugas pertama... malam sebelum 'hari kejadian', nak kena sama-sama tunggu ketibaan ternakan qurban...
Tapi... tak menjadi beban kepada semua ahli surau yg sukarela hadir malam tuh... dan Sdr Khazaie serta Sdr Rosdi di amanahkan untuk "tengok-tengok" lembu nih selepas midnight... maklumlah... takut esok paginya takder ternakan utk di qurban kan.. :)
Tidak seperti tahun lepas, tukang sembelih tahun nih adalah dari kalangan kariah kita sendiri.. yakni Haji Ghazali yg telah volunteer kan diri.. jazakallah Haji!
Tukang "penenang" ternakan pulak.. ramai tu yang gagah perkasa... :)
Tukang lapah plak... hmm kita beruntung kerana kita ada dokter pakar, Dr Ezam dari kalangan ahli kariah... seta juga pandai kayu kita Abg Tahir
Penonton dan peminat jangan citer lah.. semuanya mencerminkan perpaduan penduduk BR serta kemeriahan dan kemesraan antara ummah..
Anak-anak turut serta memeriahkan sambil belajar cara-cara sembelih dan lapah.. mereka generasi pelapis BR nih.. insyaAllah..
Masing2 ada tugas... yang tak di padang, sibuk siapkan khemah...
kan senang untuk anak2 kecik berteduh dan berehat lepas penat lari2 di padang... ??
Sementara kaum ibu juga sibuk siapkan bahan untuk sup tulang.. emmmmmm...
Lagi gambar2 aksi sekitar sembelih dan melapah....
Perebutan ekor.. mereka peminat tegar sup ekor nih!
Sdr Jeffri nampaknya berminat dgn kepala lembu!
Sdr Baddeli expert bab isi perut... hehehehe... gitu juga Sdr Wan Azhar...
Tidak seperti tahun lepas, projek qurban tahun ini bukan hanya tertumpu kepada pembahagian daging, tetapi kariah juga bersetuju untuk sama-sama menyediakan sup tulang utk dimakan dgn roti atau nasi himpit... Haji Ghazali merupakan 'head cook' setelah menyelesaikan tugas tukang sembelih!
Gambar2 time makan dan agih quran....
"Perhatian.. kepada yang dudok2 rehat tuh, sila ambil tempat dan bantu mereka2 yg dah kepanasan disana!" mungkin itu yg di katakan Ust Azudi, Pengerusi SAN nih... :) Tapi sebenarnya tidak.... ni Ust Azudin mengumumkan sup dah masak dan sedia utk dimakan!
Bila semuanya dah selesai.... Sdr Khazaie dan Sdr Rosdi segera jalankan tugas mereka sebagai AJK kebersihan... :)
Ini pulak alatan asas (untuk rujukan program qurban akan datang).
Keseluruhannya... event yang berjaya mengeratkan lagi seluruh kariah SAN...
alhamdulillah.......
Tuesday, March 9, 2004
Subscribe to:
Posts (Atom)