Friday, September 26, 2008

Majlis Khatam Ramadhan 1429 (2008)

Alhamdulillah... sekali lagi kariah Bukit Rimau dilimpahi rahmat dan dapat bersama-sama meraikan imam tarawikh yang telah bersama kita selama lima tahun berturut-turut. Sempena khatamnya al-qur'an, majlis juga meraikan imam Ustaz Sobir disamping para qari & petugas yg telah sama memeriahkan malam-malam Ramadhan di surau tumpangan kita ini... InsyaAllah Ramdhan tahun depan kita akan sama-sama memeriahkan Surau An-Namira yg bakal siap pempbinaanya sebelum akhir tahun ini....

Sedikit gambar....



Lagi gambar dari Sdr Rusdi DISINI (SILA KLIK)

Tuesday, September 23, 2008

23 September 2008

Kerangka bumbung (roof truss) sudah mula dibina dari minggu lepas lagi...

Monday, September 8, 2008

7hb September 2008

Kerja-kerja memasang dinding bata sudah berjalan....


Sunday, September 7, 2008

Buka Puasa Bersama YB

7hb Sept 2008, Ahad....

Kariah An-Namira dikunjungi YB Shuhaimi dan beberapa wakil DUN Sri Muda untuk majlis berbuka puasa.... Seorang hamba Allah telah bermurah hati menyediakan nasi (bungkus) untuk majlis ini... alhamdulillah.... Sementara juadah kueh mueh serta air adalah dari ahli kariah sendiri.... Majlis yang 'simple'... tapi meriah....


YB Shuhaimi telah juga bebesar hati menyerahkan sumbangan dari DUN ~ cek bernilai RM500 sebagai sumbangan Ramadhan serta sumbangan sebanyak RM1000 untuk tabung SAN. Jazakallahu....

Klik sini untuk gambar-gambar lain oleh Sdr Rusdi