Sunday, June 29, 2008

Peresmian Pembinaan Surau...

Sebagaimana yg telah diwar-warkan oleh Sdr Jasni, majlis perasmian menandakan bermulanya pembinaan Surau an-Namira telah diadakan pada pagi Ahad 29hb Jun 2008 bertempat dikawasan padang letak kereta Tadika Precious Time.



ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi telah meluangkan masa untuk menyerikan lagi majlis ini manakala doa selamat disampaikan oleh Ustaz Sobir.....


Jamuan berbentuk potluck dari kalangan kariah telah memeriahkan lagi majlis pada pagi yang penuh makna ini...

Gambar2 dari majlis tersebut....

Sdr Jasni juga telah abadikan detik bersejarah ini didalam blog beliau....
Layari lah....

Monday, June 23, 2008

Gambar 'Progres' Pertama...

Tak pasti bila 'hoarding' atau pagar-pagar sementara ini didirikan... tapi yg nyata minggu sebelum ini masih belum ada....

Alhamdulillah... sudah nampak permulaan proses pembinaan Surau an-namira.... Blog ini akan ikuti perkembangan paling tidak selama dua minggu sekali... menerusi gambar2... dan sedikit cerita sekiranya ada...

Saturday, June 21, 2008

Penyerahan Tapak Surau...

Assalammualaikum warahmatullahhiwaba rakatuh.

Alhamdulillah berkat doa berterusan ahli kariah sekelian, penantian
kita untuk mendapatkan surau kita sendiri insyaAlah bakal termaqbul
jua.

Hari ini, Sabtu, 21 Jun 2008, secara rasminya tapak pembinaan Surau
An-Namira telahpun diserahkan kepada kontraktor yang dilantik bagi
melaksanakan kerja-kerja pembinaan yang dijangka siap dalam tempoh 16
minggu.

Bagi mendapatkan keberkatan atas usaha murni ini, Jawatankuasa
Pembinaan Surau An-Namira Bukit Rimau telah memutuskan untuk
menganjurkan satu Majlis Doa Selamat & Pecah Tanah pada Ahad, 29 Jun
2008 (bersamaan 25 Jamadilakhir 1429)jam 10.30 pagi.

Semua ahli kariah adalah dipersilakan hadir beramai-ramai di tapak
Surau An-Namira bagi sama-sama mendoakan kelancaran projek ini
disamping memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama ahli kariah.

Jamuan secara ala-kadar melalui konsep "Pot Luck" akan disajikan.
Semua Ahli Kariah diharap dapat menyumbangkan juadah untuk tujuan ini.

Sekian, wassalam.

Jasni AJ
Setiausaha
J/kuasa Pembangunan Surau An-Namira
Bukit Rimau