Sunday, August 31, 2008

Gotong Royong...

Seperti yang di war-warkan, acara membersihkan Surau SK Bukit Rimau berjaya di jalankan pada hari ini bermula jam 9:30pagi dan selesai lebih kurang pukol 12:00tgh. Jazakallah kepada yang telah meluangkan masa dan tenaga ....



31 Ogos 2008

Tetulang (structures) siap dibina....

Friday, August 22, 2008

Program Persediaan & Pengisian Ramadhan 1429H (2008)

Jawatankuasa Pembangunan Surau An-Namira dalam mesyuarat mereka pada malam Khamis lalu telah menggariskan beberapa program selaku persediaan serta pengisian Ramadan tahun ini yang dijangka bermula pada 1 September 2008.

Program-program tersebut adalah seperti berikut :-

1. Gotong Royong Membersihkan Surau SK Bukit Rimau

Satu gotong-royong membersihkan Surau SK Bukit Rimau akan dianjurkan pada Ahad 31 Ogos 2008 jam 9.30 pagi. Semua ahli kariah dipelawa hadir beramai-ramai bagi melaksanakan amal jariah bagi memastikan kebersihan Surau SK Bukit Rimau yang sekali lagi akan meng"hos"kan ibadah solat Tarawikh kariah Bukit Rimau tahun ini.

2. Sumbangan Morei

Bagi menunaikan hajat sesetengah ahli kariah, ahli-ahli kariah yang berhajat dipelawa membuat sumbangan morei pada malam-malam pilihan masing-masing.

Ahli kariah yang berminat bolehlah memberikan nama serta tarikh pilihan kepada sekretariat untuk didaftarkan. Setiausaha boleh dihubungi melalui talian 013-2040387 atau jasnijalil@yahoo. co.uk.

3. Sumbangan Dana Ramadan

Ahli-ahli kariah juga dipelawa membantu Jawatankuasa mengumpul dana yang secukupnya bagi mengendalikan program pengisian Ramadan tahun ini. Dana diperlukan bagi membiayai kos elektrik surau SK Bukit Rimau, sumbangan kepada Imam Solat Tarawikh serta kos-kos yang berkaitan.

Ahli kariah yang ingin menyumbang bolehlah samada membuat sumbangan kepada tabung Dana Ramadan yang akan disediakan di surau SK Bukit Rimau ataupun menyerahkan sendiri kepada samada Pengerusi Surau (019-3150006) atau Bendahari (012-3091534).

4. Tahlil

Majlis Tahlil arwah akan dianjurkan dari masa kesemasa sepanjang bulan Ramadan. Ahli kariah yang berhajat mengkhususkan tahlil kepada ahli keluarga masing-masing bolehlah memberikan nama kepada Pengerusi surau atau Setiausahanya. Setiausaha boleh dihubungi melalui talian 013-2040387 atau jasnijalil@yahoo. co.uk.

5. Majlis Berbuka Puasa

Satu Majlis Berbuka Puasa secara "potluck" akan dianjurkan pada Ahad 14 September 2008. Majlis yang akan didahuli dengan satu mesyuarat kariah bagi penerangan perkembangan pembangunan Surau An-Namira yang sedang dalam pembinaan akan bermula jam 5.30 petang.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubaraq

disediakan oleh: Sdr Jasni.

Tuesday, August 19, 2008

Selasa 19 Ogos 2008

Memberangsangkan....

Sunday, August 10, 2008

Ahad, 10 Ogos 2008

Tiang siap.... tengah bina 'roof beams'....

Saturday, August 2, 2008

Sabtu, 2 Ogos 2008

Kerja-kerja kongrit Lantai Sedang Berjalan.