Sunday, February 26, 2006

Majlis Khatam al-Quran

Ustaz Azudin semenjak dari awal penempatan di BR lagi telah membuka kelas pengajian al-Quran di rumahnya. Selepas beberapa bulan beliau terpaksa menyewa sebuah unit rumah berdepan dengan kediamannya untuk menampung pertambahan murid. Dan rumah ini jugalah di tumpang oleh kariah Surau An-Namira sebagai surau sementara semenjak terdirinya kariah di BR ini....

Kumpulan pertama dari murid kelas al-quran ini telah berjaya khatam dan pada tanggal 26 Februari 2006, dan satu majlis penyampaian sijil bertempat di perkarangan rumah Ust Azudin telah di adakan.

Sebagaimana biasa, kariah SAN telah sama-sama turun pada sebelah pagi untuk membuat persiapan jamuan. Menu utama Nasi Bukhari Haji Salleh!

Photobucket

Upacara bermula selepas waktu isya' dengan persembahan nasyid dari kumpulan Tunas An-Namira....
Photobucket

Seterusnya acara penyampaian sijil khatam...

Photobucket

Photobucket

Acara kemuncak... jamuan hidangan yang kesemuanya disediakan oleh ahli kariah SAN!

Photobucket

Gambar2 sekitar majlis