Tuesday, July 19, 2011

Forum Perdana Ulung SAN

Forum Perdana anjuran Surau An-Namira yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 16 Julai 2011 bermula jam 8.00mlm dan selesai lebih kurang jam 10.00mlm.

Ahli panel terdiri dari Datuk Dr Hassan Ali, exco Negeri Selangor dan Ustaz Uda Kassim, manakala moderator pulak adalah Ustaz Zamri dari Radio IKIM.

Berikut sebahagian dari foto ehsan Sdr. Rusdi.... Klik link --> blog alternate Surau An-Namira utk koleksi gambar2

Solat maghrib berjemaah di-imami Ustaz Faizal....


Bungkusan nasi berlauk kambing yg telah diusahakan secara gotong-royong oleh sebahagian ahli kariah dan AJK surau.... tersedia untuk para hadirin...

Ketibaan ahli panel dan moderator disambut oleh Pengerusi Surau, serta di iringi ADUN Kota Raja YB Suhaimi...

Para isteri ahli panel serta Pengerusi Surau....
Pengerusi Majlis, Sdr Fauzi.....

Para tetamu dan hadirin.....

Dato' Pengerusi Surau memulakan dgn kata2 aluan....

Forum bermula....

Wednesday, February 24, 2010

Majlis Sambutan Maulid 1431H / 2010

Alhamdulillah.... buat julung kalinya SAN telah mengadakan majlis sambutan Maulidur-Rasul pada mlm 23hb February 2010 selepas solat maghrib. Acara yang berupa majlis ilmu oleh Dr Badrul Amin dimulakan sebaik selesai solat dengan bacaan zikir munajat oleh semua yg hadir dan dipimpin oleh Dr Badrul Amin (DBA) sendiri....

Sepintas lalu pengisian ilmu yg telah dikongsi oleh DBA adalah berkaitan Islam secara umumnya dan bagaimana ianya berkait rapat dengan seluruh alam serta segala makhluk diatas bumi ini. Seterusnya, DBA merungkaikan bagaimana Nabi Muhammad menerusi sunnah beliau mengajar manusia cara-cara kehidupan yg belandaskan Islam itu sendiri. DBA juga menyentuh perihal beberapa isu semasa termasuk hal2 berkait perayaan dan perarakan Maulid sera juga perihal pendidikan anak-anak....


Majlis berakhir kurang lebih jam 9.15mlm dan disusuli dgn soalt isya' di-imami oleh DBA sendiri. Selepas usai solat, semua yg hadir sama-sama menjamu selera yg dibuat secara 'pot-luck'..

Alhamdulillah..... Satu majlis yg penuh ilmiah serta membuka minda setiap anak kariah SAN, insyaAllah.

Tahniah kepada pihak pengajur serta kepada semua yg hadir pada mlm sambutan Maulidur-Rasul peringkat Bukit Rimua ini.


Wallahua'lam.

Tuesday, October 6, 2009

Isyarat dari langit?

Hari ini saya menerima beberapa email berkait bencana gempa bumi yg menimpa Padang, Indonesia pada 30hb Sept yg lalu... isi kandungan email mengandungi catatan berikut:-

Bismillah

Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad. Salamun 'alaikum

"Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): " Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in ihdinassirotolmustaqim


Saya merasa curiga apakah ini satu lagi 'hoax'. Lantas saya google berita2 mahupun cerita2 dari internet untuk mengetahui masa sebenar kejadian (kerana sy kurang ambil perhatian ttg perkara ini sebelumnya).

Saya ketemu beberapa paparan....
  1. dari Pusat Vulkanologi Indonesia : Gempabumi terjadi pada hari Rabu, tanggal 30 September 2009, pukul 17:16:10 WIB. Berdasarkan informasi dari BMKG pusat gempabumi berada pada koordinat 0.84o LS dan 99.65o BT, dengan magnitudo 7,6 SR pada kedalaman 71 km, berjarak 57 km baratdaya Padangpariaman dan 80 km timurlaut Padang, Provinsi Sumatra Barat. Sedangkan menurut USGS pusat gempabumi berada pada koordinat 0.890°LS dan 99.961°BT dengan magnitudo 7,6 Mw pada kedalaman 85 km. Gempabumi utama diikuti gempabumi susulan
  2. dari vivanews, Indo: Gempa berkekuatan 7,6 skala Richter mengguncang wilayah Sumatera Barat. Gempa merusakkan sejumlah rumah dan pusat perbelanjaan."Banyak rumah yang roboh dan Plaza Andalas rusak parah," kata Anton, penduduk Padang, saat berbincang dengan VIVAnews, Rabu 30 September 2009.Informasi dari Badan Klimatologi, Meteorologi dan Geofisika, gempa 7,6 SR itu terjadi pada pukul 17.16.09 WIB, Rabu, 30 September 2009. Gempa terjadi di lokasi 0.84 Lintang Selatan dan 99.65 Bujur Timur. Pusat gempa berada di arah 57 kilometer barat daya Pariaman, Sumatera Barat.Pusat Peringatan ini mengatakan, jika tsunami terjadi, maka akan menjangkau Padang, Sumatera Barat, hanya dalam beberapa menit setelah gempa terjadi pukul 17.17 Waktu Indonesia Barat.viva news
  3. dari vivanews, Indo: VIVAnews - Gempa susulan di Sumatera Barat terus terjadi. Terakhir, gempa susulan terdeteksi dengan kekuatan 7.0 skala richter. Pusat gempa diketahui berada di Jambi. Informasi dari Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menyebut gempa dengan kekuatan 7.0 skala richter itu terjadi pukul 08.52 WIB, Rabu, 1 Oktober 2009. Pusat gempa berada di kedalaman 10 kilometer, dengan lokasi 2.44 Lintang Selatan dan 101.59 Bujur Timur. Pusat gempa berada di sekitar 46 kilometer arah arah tenggara Sungai Penuh, Jambi.
Waktu-waktu yg dipaparkan nampaknya benar... apakah ini isyarat dari Allah s.w.t? Wallahua'lam...



Sunday, December 28, 2008

Majlis Penyerahan Kunci SAN

Alhamdulillah..... majlis penyerahan surau telah sempurna di adakan bersempena akhir tahun hijriah 1429.


Pada sebelah pagi, ahli kariah serta keluarga telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan surau serta halaman....



Sementara majlis penyerahan kunci oleh pihakpemaju kepada JAIS dan seterusnya dari JAIS kepada AJK SAN telah diadakan bermula jam 5:30 petang.



Majlis pada hari tersebut di akhiri dgn jamuan ringan secara potluck dari ahli kariah dan seterusnya upacara tahlil serta doa akhir tahun / awal tahun yang telah di ketuai oleh wakil dari JAIS....


Friday, December 26, 2008

Sunday, November 23, 2008

23 November 2008


Dah lama tak update.. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar... SAN dah nampak siap sepenuhnya pada hari ini.. mungkin akan di bersihkan pada 29hb Nov nanti...
             


Saturday, October 18, 2008

Ahad 20 Okt 2008

Perubahan ketara... pagar dah siap!

Kerja-kerja memasang atap sedang diperingkat akhir.... Kerja plastering dinding sedang berjalan... a tad slow in progress... dan difahamkan tarikh penyerahan adalah akhir bulan November 2008 nanti... insyaAllah!




Saturday, October 11, 2008

Ahad 12 Oktober 2008

Dari luar, tak banyak perubahan....


Tapi kerja-kerja 'finishing' sedang giat berjalan... frame tingkap siap


Kerja water reticulation jugak hampir siap


kerja-kerja pendawaian letrik in-progress


Ruang wet pantry: table-top dah dibina

Thursday, October 2, 2008

Ramadhan 1429 (September 2008)

Lapuran sumbangan Ramadhan 2008 ...
31hb Ogs : RM234.00 (malam pertama tarawikh)
01hb Sep : RM468.50
02hb Sep : RM331.20
03hb Sep : RM254.50
03hb Sep : RM1,000.00 (sumb. tahlil)
04hb Sep : RM199.00
05hb Sep : RM190.20
06hb Sep : RM90.00
07hb Sep : Cek RM500 dari DUN
08hb Sep : RM39.00 - Perbelanjaan RM486.40 (Hj Man - kipas etc)
09hb Sep : RM52.00 - Perbelanjaan RM30 mineral
10hb Sep : RM18.00
10hb Sep : RM50.00 (sumb. tahlil)
11hb Sep : RM107.00
12hb Sep : RM102.00 - Perbelanjaan RM30 mineral
13hb Sep : RM71.00
18hb Sep : RM77.00 - Perbelanjaan RM21 mineral
21hb Sep : RM97.00
22hb Sep : RM83.00 - Perbelanjaan RM180 + RM72 (Hj Man - pelikat)
23hb Sep : RM80.20 - Perbelanjaan RM7 mineral
24hb Sep : RM27.00
25hb Sep : RM181.10
26hb Sep : RM91.00 - Perbelanjaan RM1,260 (sumbangan Imam + petugas)
27hb Sep : RM51.00 - Perbelanjaan RM 450 (sewa khemah - resmikan SAN)

Jumlah sumbangan :
1. RM 3,894.40 (tunai)
2. RM 500.00 (cek)

Jumlah Perbelanjaan : RM2,536.40

Friday, September 26, 2008

Majlis Khatam Ramadhan 1429 (2008)

Alhamdulillah... sekali lagi kariah Bukit Rimau dilimpahi rahmat dan dapat bersama-sama meraikan imam tarawikh yang telah bersama kita selama lima tahun berturut-turut. Sempena khatamnya al-qur'an, majlis juga meraikan imam Ustaz Sobir disamping para qari & petugas yg telah sama memeriahkan malam-malam Ramadhan di surau tumpangan kita ini... InsyaAllah Ramdhan tahun depan kita akan sama-sama memeriahkan Surau An-Namira yg bakal siap pempbinaanya sebelum akhir tahun ini....

Sedikit gambar....



Lagi gambar dari Sdr Rusdi DISINI (SILA KLIK)

Tuesday, September 23, 2008

23 September 2008

Kerangka bumbung (roof truss) sudah mula dibina dari minggu lepas lagi...

Monday, September 8, 2008

7hb September 2008

Kerja-kerja memasang dinding bata sudah berjalan....


Sunday, September 7, 2008

Buka Puasa Bersama YB

7hb Sept 2008, Ahad....

Kariah An-Namira dikunjungi YB Shuhaimi dan beberapa wakil DUN Sri Muda untuk majlis berbuka puasa.... Seorang hamba Allah telah bermurah hati menyediakan nasi (bungkus) untuk majlis ini... alhamdulillah.... Sementara juadah kueh mueh serta air adalah dari ahli kariah sendiri.... Majlis yang 'simple'... tapi meriah....


YB Shuhaimi telah juga bebesar hati menyerahkan sumbangan dari DUN ~ cek bernilai RM500 sebagai sumbangan Ramadhan serta sumbangan sebanyak RM1000 untuk tabung SAN. Jazakallahu....

Klik sini untuk gambar-gambar lain oleh Sdr Rusdi