Wednesday, February 24, 2010

Majlis Sambutan Maulid 1431H / 2010

Alhamdulillah.... buat julung kalinya SAN telah mengadakan majlis sambutan Maulidur-Rasul pada mlm 23hb February 2010 selepas solat maghrib. Acara yang berupa majlis ilmu oleh Dr Badrul Amin dimulakan sebaik selesai solat dengan bacaan zikir munajat oleh semua yg hadir dan dipimpin oleh Dr Badrul Amin (DBA) sendiri....

Sepintas lalu pengisian ilmu yg telah dikongsi oleh DBA adalah berkaitan Islam secara umumnya dan bagaimana ianya berkait rapat dengan seluruh alam serta segala makhluk diatas bumi ini. Seterusnya, DBA merungkaikan bagaimana Nabi Muhammad menerusi sunnah beliau mengajar manusia cara-cara kehidupan yg belandaskan Islam itu sendiri. DBA juga menyentuh perihal beberapa isu semasa termasuk hal2 berkait perayaan dan perarakan Maulid sera juga perihal pendidikan anak-anak....


Majlis berakhir kurang lebih jam 9.15mlm dan disusuli dgn soalt isya' di-imami oleh DBA sendiri. Selepas usai solat, semua yg hadir sama-sama menjamu selera yg dibuat secara 'pot-luck'..

Alhamdulillah..... Satu majlis yg penuh ilmiah serta membuka minda setiap anak kariah SAN, insyaAllah.

Tahniah kepada pihak pengajur serta kepada semua yg hadir pada mlm sambutan Maulidur-Rasul peringkat Bukit Rimua ini.


Wallahua'lam.

No comments: