Wednesday, July 2, 2008

Pengesahan Qiblat

Sepertimana dijadualkan atas daya usaha Pengerusi SAN baru Tn Haji NoorAzman, pegawai JAIS telah menghadirkan diri ditapak binaan SAN pada hari ini untuk pengesahan arah qiblat. Mereka telah tiba pada jam 4:30ptg, setengah jam lebih awal dari waktu dijanjikan.


Meski telah di maklumkan oleh J/Kuasa Pembangunan SAN, Jurukur telah tidak hadir ditapak binaan untuk membuat pengesahan Qiblat. Tanpa Jurukur di tapak binaan, agak susah untuk mengesahkan 'reference point' yg diambil dalam menetukan 'bearing' yg betul....
Bilamana jam sudah hampir 6:00 ptg, pegawai2 tersebut minta diri dan proses pengesahan arah Qiblat ini tertanguh.
Meski begitu, pegawai2 JAIS telah bersedia untuk kembali pada hari Jumaat ini 4hb Julai untuk tujuan pengesahan. Pihak kontraktor juga memberi jaminan bahawa Jurukur mereka akan berada ditapak binaan seawal jam 10:00pagi....

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Pengesahan arah qiblat telah selesai dilaksanakan pada jam 11am, Jum'at, 4Julai (1 Rejab 1429). Jabatan Mufti Selangor seterusnya akan mengeluarkan sijil pengesahan pada 11Julai.

Dalam masa yg sama pihak pemaju/kontraktor sudah memulakan kerja2 membuat base bgnan surau setelah arah qiblat disahkan.

HZ